Selasa, 29 Mac 2011

Flash wallpaper desktop

Tahukah anda bahawa kita boleh menggunakan flash format seperti '.swf' untuk dijadikan wallpaper pada desktop komputer anda. Perisian dari Tenmiles Flash wallpaper telah memudahkan kita untuk melakukannya dengan menukar format '.swf' kepada '.exe' yang seterusnya membolehkan kita terus install pada komputer.

Perisian ini boleh di muat turun secara percuma di http://tenmiles.com/downloads/fwsetup.exe
Anda perlu install terlebih dahulu dan kemudian hanya klik beberapa langkah dan tadaaaa... sudah boleh install flash wallpaper di komputer yang anda mahukan. Tetapi fungsi flash wallpaper ini hanya boleh digunakan pada Windows XP sahaja.

Berikut adalah langkah - langkah yang perlu dilakukan:



Internet Explorer 9

Baru di keluarkan oleh Microsoft khas untuk pengguna windows vista dan windows 7 sahaja. Setelah menggunakannya didapati paparannya lebih kemas dan web di muat turun lebih pantas. Selain itu kita boleh terus mencari laman web dengan menaip di bahagian address tanpa membuka laman web pencari seperti google atau sebagainya.

Fungsi 'pin site to the taskbar' juga dapat menjimatkan masa untuk membuka laman web yang kerap di kunjungi dengan hanya mengheret atau 'drag' tab ke taskbar. Disni saya meletakan url daripada microsoft untuk memuat turunnya. http://windows.microsoft.com/en-US/internet-explorer/downloads/ie

Jumaat, 18 Februari 2011

Saya Mahu Menyedut Dari Blog syoknya-download

Apa yang saya mahu?
  • Saya mahu kaya(hehehe)
  • Saya mahu sambung belajar(tangguh memanjang)
  • Saya mahu beli rumah
  • Saya mahu beli kereta baru
  • Dan apa yang paling penting sekali saya mahu menang Ipad dari blog MySuperKids.. hahaha...
Saya suka menonton filem bila ada masa terluang, Inilah tempatnya yang saya selalu masuk untuk menyedut filem-filem terkini Syoknya-download... hehehe.. Cakap jer nak cerita ape,sume ader. Larat dengan tak larat je lah. Apa lagi sedutlah..

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Khamis, 17 Februari 2011

Perbandingan windows vista dan windows 7

Windows Vsta

  • File windows updatenya besar sangat.
  • Lepas update kadang-kadang macam hang atau pun black screen selepas restart komputer.(sebenarnya tengah proses windows update tu)
  • Paparan lebih kurang windows 7.
  • Agak berat juga setelah lama digunakan.
  • Tidak menyokong program yang lama.
Windows 7

  • file windows updatenya tidak terlalu besar
  • Tidak terjadi black screen selepas restart komputer.
  • Susunan lebih cantik
  • Lebih ringan berbanding windows vista.
  • Boleh menyokong program yang lama.

HP atau ACER

Mesti ramai yang tertanya-tanya ataupun memang nak tau apa kelebihan atau kekurangan kedua-dua keluaran komputernya.. Mana lebih tahan dan mana lebih baguskan.. Ini adalah pendapat dan pengalaman saya sendiri sepanjang saya bekerja :-

 
* Saya mementingkan servis selepas membeli.
Acer

 
  • Kalau mengikut jarak perjalanan dan kurang jem nak pergi ke tempat servis acer paling dekat
  • Parking kereta berlambak di tempat servis.
  • Laptop Acer paling banyak yang saya claim warranty untuk tukar motherboardnya.
  • Jarang keyboardnya rosak.
  • Agak manja sedikit.
  • Senang cari driver  di laman web Acer jika kena format(semua jenis windows ader)

 
Compaq

 
  • Jarak perjalanan jauh sikit dan agak jem untuk pergi ke tempat servis.
  • Parking kereta terhad di tempat servis.
  • Kebiasaannya keyboard yang rosak.
  • Agak tahan lasak sikit.
  • Driver agak terhad di laman web HP(tidak semua jenis windows)

 
Tetapi sebenarnya semuanya bergantung kepada cara pemakaian.. kalau ganas semacam macam mane tak rosak.. hehehe..

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua..
Bekerja sebagai juruteknik komputer di salah sebuah Universiti di Selangor.. Jadinya har-harilah mengadap pc.. Kalau ada apa-apa kemusykilan atau pertanyaan tentang komputer bolehlah saya bantu setakat yang mampu.